Tuesday, December 9, 2014

BAB 3 JIRIM

3.1 APAKAH JIRIM?

1 Jirim ialah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2 Contoh jirim ialah udara, air, tanah, batu, semua benda hidup dan benda bukan hidup.

3 Contoh bukan jirim ialah cahaya, bunyi, tenaga, graviti dan daya.

4 Jirim mempunyai berat (disebabkan oleh jisim) dan isipadu (kerana jirim memenuhi ruang).

Udara mempunyai jisim

clip_image002

1 Apabila Belon B dicucuk, pembaris

mencondong ke bawah ke arah Belon A.

2 Udara terlepas dari Belon B menjadikannya lebih ringan.

3 Hal ini menunjukkan udara mempunyai jisim.

Udara memenuhi ruang,

clip_image004

1 Apabila pili air dibuka, belon mengembang.

2 Air di dalam kelalang mengambil isi padu udara. Udara dipaksa ke dalam belon

3 Hal ini menunjukkan udara memenuhi ruang.

3.2 KEADAAN JIRIM

Contoh:

Ais. Air- Wap air/Stim

(Pepejal) (Cecair) (Gas)

Teori kinetik jirim menyatakan bahawa semua jirim terdiri dari­pada zarah-zarah yang kecil dan diskrit.

Zarah-zarah sentiasa bergerak dan mempunyai tenaga kinetik. Susunan zarah-zarah pepejal, cecair dan gas adalah berbeza.

1 Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.

Susunan zarah-zarah dalam jirim

clip_image006

Pergerakan Zarah dalam jirim

1 Zarah-zarah pepejal bergetar pada kedudukan tetap, zarah-zarah cecair bergerak dengan perlahan dan zarah-zarah gas bergerak dengan pantas dalam semua arah.

2 Zarah-zarah cecair dan gas bergerak secara rawak dalam semua arah. HaI ini kerana zarah-zarah cecair dan gas menghentam zarah-zarah lain dalam pergerakannya.

3 Pergerakan rawak yang disebabkan oleh perlanggaran zarah dengan zarah­zarah lain dikenah sebagai Gerakan Brown.

clip_image008

clip_image010

3.3 KETUMPATAN

1 Ketumpatan suatu bahan boleh didefinisikan sebagai jisim per unit isi padu bahan tersebut.

2 Oleh itu, kebolehan bahan/objek untuk terapung atau tenggelam bergantung kepada jisim dan isi padunya.

3 Ketumpatan bahan boleh dikira dengan menggunakan formula yang berikut:

4 Ketumpatan diukur dalam unit g/cm3 atau g cm-3.

5 Sesuatu objek/cecair yang berketum­patan rendah akan terapung atas cecair yang berketumpatan tinggi.

6 Sesuatu objek/cecair yang berketum­patan tinggi akan tenggelam dalam cecair yang berketumpatan rendah.

7 Ketumpatan air tulen ialah 1.0 g/cm3.

8 Petrol (berketumpatan 0.7 g/cm3) terapung atas air.

clip_image012

10 Meningkatkan isi padu sesuatu objek atau bahan akan menyebab­kan ketumpatannya berkurang.

11 Segumpal plastisin yang tengge­lam dalam air boleh diapungkan di atas air dengan mengubah bentuknya menjadi seperti sebuah mangkuk atau bot.

12 Belon udara panas boleh meng­apung ke udara kerana udara panas di dalam belon mengembang clan menjadi kurang tumpat daripada udara sejuk di sekeliling.

13 Walaupun sebuah blok besi tengge­lam dalam air, kapal yang diperbuat daripada besi boleh mengapung. Hal ini kerana terdapat ruang besar di dalam kapal yang berisi udara. Justeru, kapal mempunyai ketum­patan yang lebih rendah daripada air.

APLIKASI CIRI-CIRI JIRIM

1 Jirim yang berbeza mempunyai ciri­-ciri berguna yang berlainan kepada manusia.

2 Pepejal yang keras dan kuat seperti besi, keluli, konkrit dan kayu digu­nakan untuk membina bangunan, jambatan, perabot dan kenderaan.

3 Cecair logam clan plastik boleh di­bentuk menjadi pelbagai bentuk yang berguna sebelum menjadi keras.

4 Gas-gas (contohnya gas memasak,

oksigen, karbon dioksida clan nitrogen) boleh disimpan di dalam silinder atau tangki sebagai gas termampat atau cecair gas.

5 Gas dimampatkan atau dijadikan cecair untuk:

(a) menjimatkan ruang

(b) memudahkan pengangkutan

(c) mengurangkan kos pengangkutan

6 Ketumpatan kayu yang kurang daripada air membolehkan kayu balak diapungkan ke hilir sungai sehingga ke kilang papan atau jalan raya.

7 Ketumpatan udara yang kurang dari­pada air membolehkan pelampung yang berisi udara digunakan untuk membantu orang mangapung.

8 Kapal selam boleh tenggelam di bawah permukaan air dengan meningkatkan jisim tanpa mengubah isi padunya.

9 Air laut dipam ke dalam tangki balast untuk meningkatkan jisim­nya (oleh itu, ketumpatannya bertambah).

10 Kapal selam boleh naik ke permu­kaan air dengan mengurangkan jisimnya.

11 Air laut dipam keluar dari tangki balast untuk mengurangkan jisim­nya (oleh itu, ketumpatannya berkurang).

clip_image014

No comments: