Tuesday, December 9, 2014

BAB 2 SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN

2.1 SEL

Apakah Sel?

1 Sel ialah unit asas benda hidup.

2 Semua benda hidup (organisma) terdiri daripada sel.

3 Robert Hooke ialah saintis pertama berbangsa British yang menjumpai sel di dalam sebentuk gabus.

4 Fungsi sel ialah untuk menjalankan proses-proses kehidupan.

5 Terdapat pelbagai jenis sel. Setiap jenis sel mempunyai saiz, bentuk dan fungsi yang berbeza.

6 Sel adalah sangat kecil (mikroskopik) dan hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

7 Mikroskop digunakan untuk mem­besarkan saiz objek yang sangat kecil beberapa kali ganda supaya objek tersebut kelihatan lebih besar.

clip_image002

Jadual 2.1 Bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya

Bahagian mikroskop

Fungsi

Kanta mata

Kanta untuk kita melihat specimen

Menggandakan suatu imej10x

Badan

Memegang kanta mata suatu jarak tetap dari kanta objek

Tombol pelaras kasar

Melaraskan kedudukan kanta objek kuasa rendah dari

spesimen untuk mendapat fokus kasar

Tombol pelaras halus

Melaraskan jarak kanta objek dari spesimen untuk mendapat fokus yang lebih jelas

Lengan

Menyokong badan mikroskop

Kanta objek

Menggandakan lagi imej 4x, I Ox atau 40x

Klip

Memegang slaid kaca di tempatnya pada pentas

Pentas

Tempat untuk meletak slaid kaca

Kondenser

Memfokus cahaya kepada specimen

Diafragma

Mengawal kuantiti cahaya yang memasuki mikroskop

Cermin

Memantul cahaya ke dalam mikroskop

Tapak

Menstabilkan mikroskop

Menggunakan Mikroskop

Langkah-langkah menggunakan mikroskop adalah seperti berikut:

(a) Letak mikroskop di tempat yang terang.

(b) Posisikan kanta objek kuasa rendah di atas lubang pada pentas.

(c) Lihat melalui mikroskop dan laraskan cermin supaya cahaya dipantulkan ke dalam mikroskop. (d) Laraskan diafragma supaya cukup cahaya memasuki mikroskop.

(e) Letakkan slaid kaca dengan spesimen di atas lubang pada pentas.

Letakkan klip-klip pada hujung slaid kaca untuk memegang slaid kaca pada tempatnya.

Sambil melihat melalui kanta objek mikroskop, putar tombol pelaras kasar untuk menurunkan badan mikroskop supaya kanta objek berada di atas slaid.

(h) Lihat melalui kanta objek mikroskop sekah lagi dan putar tombol pelaras kasar untuk

menggerakkan kanta objek ke atas sehingga spesimen boleh dilihat.

(i) Sekarang, putar tombol pelaras halus untuk mendapat imej jelas spesimen.

(j) Untuk mendapat imej yang lebih besar, tukar kepada kanta objek yang berkuasa tinggi dan meng­gunakan tombol pelaras halus untuk mendapat imej yang jelas.

Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

1 Kita boleh mendapat sel haiwan dan sel Tumbuhan untuk pemeriksaan di dalam makmal melalui:

(a) sel-sel pipi untuk mewakili sel haiwan

(b) sel-sel epidermis bawang untuk mewakili sel tumbuhan

2 Untuk melihat sel-sel tersebut dengan jelas di bawah mikroskop, teknik pewarnaan berikut digunakan:

(a) Sel-sel pipi diwarnakan dengan metilena biru.

(b) Sel-sel epidermis bawang diwarnakan dengan larutan iodin.

clip_image004

clip_image006

Jadua12.3 Fungsi struktur sel

Struktur

Huraian

Fungsi

Dinding

sel

Lapisan tegar diperbuat daripada

selulosa yang mengelilingi sel

Menyokong sel dan mengekalkan

bentuknya

Sel

membran

Lapisan nipis separa telap

mengelilingi sel

Mengawal pergerakan bahan kedalam dan keluar sel

Sitoplasma

Bahan tak berwarna dan merupai

agar-agar

Tempat proses-proses kimia

berlaku

Nukleus

Struktur berbentuk bulat atau

bujur

• Mengandungi bahan genetik sel.

• Mengawal semua aktiviti sel

Vakuol

Pundi yang mengandungi sap sel

Menyimpan air dan garam terlarut

Kloroplas

Struktur-struktur hijau kecil

Mengandungi klorofil (pigmen

hijau) yang menyerap cahaya

matahari untuk proses fotosintesis

3 Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan mempunyai membran sel, sitoplasma dan nukleus.

4 Dinding sel, vakuol, dan kloroplas hanya dijumpai dalam sel tumbuhan.

5 Kloroplas hanya dijumpai di dalam sel tumbuhan hijau.

6 Sitoplasma dan nukleus mem­bentuk protoplasma sesuatu sel.

7 Setiap struktur sel mempunyai sesuatu fungsi.

2.2 ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL

Organisma Unisel

1 Organisma unisel ialah organisms yang terdiri daripada satu sel sahaja.

2 Contoh organisma unisel termasuk ameba, euglena, paramesium, klamidomonas, pleurokokus, yis, bakteria dan virus.

clip_image008

3 Organisma unisel merupakan mikrooganisma.

4 Mikroorganisma (mikrob) adalah organisma amat kecil yang hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.

5 Kebanyakan organisma unisel hidup di tempat yang lembap atau basah seperti longkang, kolam, sungai dan taut.

Organisma Multisel

1 Organisma multisel ialah organisma yang terdiri daripada banyak sel.

2 Contoh organisma multisel ialah spirogira, hidra, mukor, rumput, serangga, cicak, katak, ikan, burung, kambing dan manusia.

3 Organisma multisel mempunyai set-set khusus dengan fungsi yang berbeza.

4 Sel-set khusus yang berbeza mem­punyai struktur yang berbeza dan menjalankan proses hidup yang berbeza.

5 Sesetengah organisma multisel adalah kecil dan susah dilihat dengan mata. Contohnya hidra, mukor dan spirogira.

6 Tetapi, kebanyakan organisma multisel adalah besar dan senang dilihat.

clip_image010

2.3 ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA

1 Terdapat pelbagai jenis sel khusus di dalam badan manusia.

2 Setiap jenis sel khusus mempunyai bentuk, struktur dan fungsi yang berbeza daripada jenis sel yang lain.

3 Semua sel di dalam badan manusia dikelaskan kepada tisu, organ dan sistem.

4 Sekumpulan sel dengan struktur dan fungsi yang sama membentuk tisu. Contohnya tisu otot, tisu epitelium, tisu lemak, tisu penghubung dan tisu saraf.

5 Sekumpulan tisu pelbagai jenis yang bekerjasama untuk menjalankan sesuatu fungsi membentuk organ. Contohnya jantung, peparu, otak, perut, usus, ginjal, hati, pankreas, ovari, testis, mata, telinga, hidung, lidah dan kulit.

6 Sekumpulan organ yang beker­jasama untuk menjalankan sesuatu fungsi membentuk sistem. Contoh­nya sistem peredaran darah, sistem respirasi, sistem pembiakan dan sistem perkumuhan.

clip_image012

7 Semua sistem yang berbeza akan bekerjasama dalam membentuk sesuatu organisma.

8 Organisasi sel di dalam badan manusia boleh diwakili seperti berikut:

Sel - Tisu - Organ – Sistem- Organisma

clip_image014

clip_image016

clip_image018

2.4 MANUSIA IALAH ORGANISMA YANG KOMPLEKS

1 Manusia ialah organisma yang kompleks.

2 Hal ini disebabkan manusia mem­punyai pelbagai jenis sel khusus

yang berbeza yang diorganisasikan kepada tisu, organ dan sistem.

3 Organisasi sel membolehkan fungsi-fungsi badan dijalankan secara berasingan dan lebih berkesan.

1 comment: